Malaysia Baru

Syugia saya harapkan pembaca dan pengikut blog saya dapat menikmati penampilan baru (dan sudah tentu pendekatan baru) di dalam era Malaysia Baru ini.

Saya akan mengenegahkan isu-isu yang bertemakan apa yang dipanggil Malaysia Baru. Oleh kerana slogan “Malaysia Baru” digunakan secara meluas dewasakini, adalah penting untuk kita membina konsensus di kalangan rakyat Malaysia, tentang apa yang kita fahami bersama tentang maksud dan inti nya. Seperti yang saya perhatikan, sudah mula terdapat pelbagai kumpulan yang ingin menonjolkan makna Malaysia Baru dalam perspektif dan pandangan yang sempit.

Usaha saya disini adalah untuk kearah membina dan membentuk konsensus dikalangan kita, yang mana ianya adalah amat penting didalam aspek hala tuju bangsa dan negara. Saya berharap blog saya ini akan menjadi satu wadah yang utama untuk saya membawa pendekatan konsensus ini di kalangan rakyat ramai.

Secara inti nya, Malaysia Baru, mestilah disasarkan kepada rakyat jelata Malaysia. Oleh itu amatlah penting untuk kita terlebih dahulu mendefinisikan apakah kumpulan sasar utama rakyat Malaysia – yang dikatakan sebagai rakyat biasa (average Malaysian).

Rakyat Malaysia “biasa” (average) dengan takrifan statistik secara amnya dijelaskan seperti berikut: purata umur dalam kira-kira 27.7 tahun (umur median rakyat Malaysia tahun 2017), adalah 68.8% Bumiputera, 23.2% Cina, dan 7%  India (campuran etnik Malaysia sebagai banci 2017), tinggal di komuniti peri-urban, pendapatan purata bulanannya kurang daripada RM3,500 sebulan (dalam definisi pendapatan B40), tahap pendidikannya adalah dengan diploma (kira-kira 60%), status pemilikan aset: 15% daripada kereta (seperti jenis MyVee atau motosikal), tidak mempunyai rumah dan masih menyewa, memiliki telefon pintar dengan pelan data (prabayar dan pasca bayar), baru berkahwin atau sedang merancang untuk berkahwin dan mempunyai anak tidak lama lagi, secara asasnya beliau merupakan kombinasi unti famili yang baru di bentuk. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia).

Secara umum nya tingkah laku “average Malaysian” boleh digambarkan seperti berikut: beliau tidak menonton banyak televisyen, tapi menghabiskan masa kira-kira 8 jam sehari di internet, terutamanya applikasi media sosial dan pesanan ringkas, suka streaming dalam talian, mempunyai akaun Facebook, bekerja makan gaji , tidak berminat dengan ideologi politik, tidak begitu minat terhadap agama, walaupun mengambil berat terhadap terhadap amalan agama, prihatin tentang gaya hidup dan rakan sebaya (yang membuatnya prihatin terhadap tentang kos sara hidup), suka mendengar muzik dan menonton filem, suka membuat carian dalam talian untuk membeli-belah, walaupun tidak semestinya membuat pembelian dalam talian, mempunyai kemudahan perbankan dalam talian dan sering menggunakannya, mencari maklumat dalam talian dan mempercayai maklumat dalam talian lebih daripada yang lain, tidak memahami politik dan dasar-dasar kerajaan, dan yang penting adalah apa saja yang boleh menjejaskannya kehidupan sehariannya.

Sebenarnya apa yang saya gambarkan tadi tidaklah suatu yang mengejutkan kepada pembaca dari kalangan “average Malaysian”, cuma ianya mungkin agak janggal kepada kumpulan umur yang lebih dewasa (seperi saya). Yang jelas nya, rakyat Malaysia, secara purata nya adalah golongan muda, yang dikatakan sebagai Gen-X dan Gen-Y. Golongan ini lah merupakan paski baru dalam negara, yang bakal menjadi satu kuasa atau “force to be reckon with”, dalam jangka masa kedepan.

Sudah banyak bukti-bukti yang menunjukan bahawa anak-anak yang dilahirkan daripada ibu bapa pasca kemerdekaan adalah penentu utama masa depan bangsa dan negara. Pilhanraya PRU14 adalah satu “crowning event” kepada fenomena baru ini. Bagi kita semua, terutama golongan atasan, lebih-lebih lagi kepada pimpinan politik negara, kita harus akur dan terima hakikat yang baru ini, dan kita harus mengambil jalan untuk menjadi lebih relevan kepada mereka.

Saya membuat kesimpulan bahawa Malaysia Baru adalah realisasi kepada “average Malaysian” sebagai paksi baru masyarakat, dan mereka boleh menentukan perubahan dalam masyarakat sebagai satu kumpulan. Dalam jangka terdekat, adalah tidak mustahil bagi golongan ini untuk menyedari bahawa mereka adalah faktor penentu utama penentu perubahan dan kuasa untuk melakukannya adalah di tangan mereka.

Marilah kita mengalu-alukan kedatangan ini ke MALAYSIA BARU ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s